Thursday, 23 June 2016

Thursday, 12 December 2013

Id kehidupan dan Password kewujudan


Mencari sesuatu yang hilang adakalanya persis menyelak setiap helaian rumput dataran yang setiap satunya hampir sama warna dan rupa. sedangkan pencarian itu hanya sebaris kata yang terlepas dek ketekalan diri yang semakin lemah dan tidak dirasai. Demikianlah.. kita sering terlupa betapa sifat pinjaman ini ada batas waktu. Betapa sifat pinjaman ini semakin dipanggil pergi.. kembali kepadaNya. Hingga pada akhirnya tanpa kita sedari  sewaktu saat kita  telah hampir kembali ke asal datangnya kita..mengimbau dan menyelami diri sehebat masa silam..sedangkan jasad terlalu rapuh utk terus menongkat kehidupan. Akan tiba saatnya nanti apabila kehidupan dan kewujudan bersilang realiti dan saling memungkiri janji. Benarlah..bahawa kehidupan ini begitu indah sehingga kita terlupa tentang kewujudan sebenar hanyalah bagai pelangi. Pun begitu..itulah takdirNya..walau kewujudan sesingkat pelangi  tetap juga kita hanyut dalam keabadian nafsu diri yang tiada batasan tanpa pernah kita bertanya bagaimanakah akhirnya kehidupan yang direbut semahunya  apabila pelangi sirna dek panas mentari


Thursday, 11 October 2012

Jangan Pernah Kau Terlupa Kawan

   



   Sekadar berkongsi rasa pahit yang menghitam...pilu yang menyayat...pedih yang membisa..sayu yang menikam...berat yang menghempap..sesak yang tersekat..daripada seorang sahabat yang tidak pernah lepas dari sentuhan hati ini seusai hari semalam. Sempatku dengar tangisan yang tersekat. Mengawal emosi, menata rasa  dalam halwa emosi yang  berbaur . Sejauh bintang ..sang sahabat menyusun bait-bait harapan seiring upaya menahan dan mengenggam dignity yang ada. Maka terlerailah sebuah hati yang telah lama sirna ketenangannya. Aku yang sentiasa membuka tangan dan berlapang dada..menjadi pendengar yang setia..menyelami bisikan tangis dan curahan rasa yang lama terpendam menceritakan betapa sentuhan `king midas'nya telah menjadi seakan sumpahan yang songsang. Tiap harapan dan apa yang dimiliki menjadi hilang, lalu pergi sekelip mata dalam saat dia yang tidak mampu menghela nafas seterusnya.Cintanya yang ada dikhianati oleh mereka yang pernah menangis menagih hatinya. Kesetiaan dan kepercayaannya..dicurangi oleh mereka yang sentiasa  basah melafazkan madah janji . Pada saat tekanan yang datang seakan tidak tertahan..segala yang diusahakan tidak menjadi. Reputasi yang mengharum dipersada khalayak tidak mampu dipertahankan apabila prestasi hasil tidak seiring reputasinya.Pertolongan yang diminta tidak pernah mendapat. Segalanya berlaku satu demi satu seakan boomerang nasib malang hidupnya berputar 360 degree dalam satu masa.. maka  terlantarlah sang sahabat  pada satu dimensi yang terlalu sukar baginya untuk mengerti antara jasa dan budi. Antara ujian dan karma. Antara kasih dan murkaNya             
Apalah yang mampu dilakukan oleh diri kerdil ini, yang hanya mampu melihat dan mendengar tiap takdir yang berlaku terhadap sahabat. Ketahuilah teman bahawa sesungguhnya apa yang berlaku  dalam tiap saat yang ada, dari nafas ke nafas telah dipateri dalam sunnahNya. Maka berlakulah tiap apa yang telah ditetapkan menurut asal ketentuanNya.Fahamilah jua wahai sahabat..betapa kasihNya amat luas..rahmatNya mendahului murkaNya. Maka dengan itu wahai sahabat..jangan pernah terlintas dihatimu betapa Dia membencimu..jangan pernah terfikir bahawa Dia itu menzalimimu Ihsannya lebih meluas dari segalanya. Wahai sahabat yang tidak pernah terlepas daripada pandangan hati ini..fahamilah..betapa apa yang dilalui itu adalah ujian kasih sayangNya. Dia dangan rinduNya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..demi ZatNya yang Maha Agung..sesungguhnya amat merindui cinta dan rindumu padaNya.Wahai sahabat..rendahkanlah hatimu..wahai teman..rendahkanlah jiwamu..rendahkan citamu. Kembalikanlah hatimu kepadaNya..wahai sahabat..kembalikanlah jiwamu kepadaNya..wahai sahabat..kembalikanlah segala yang dipinjamkan kepadaNya..wahai sahabat..kembalikanlah segala yang pahit dan manis..berat dan ringan jauh atau dekat dan apa jua rasa yang kau ada kepadaNya. Kembalikanlah..kembalikanlah...kembalikan. Mohonlah padaNya yang Maha Pemberi Pertolongan agar dikembalikan Cinta dan Rindumu untukNya..yang selama ini mungkin telah sirna dari rasa dirimu. Sesungguhnya..cinta dan rindumu itu hanyalah untukNya..bukan kepada sesuatu yang dipinjamkan kepadamu..kerana tiap sesuatu itu pastinya akan kembali kepada pemilik kewujudan. Wahai sahabat..seandainya dapat kau rasa betapa tiap zahir dan batinmu hanya merindu dan menyebut asma`Nya. Seandainya setiap detik ke detik hanya dapat kau  lihat  Af`alNya..ketahuilah bahawa sesungguhnya cintamu dan rindumu berbalas. seandainya tidak lagi kau mendapatkannya..bermunajatlah tika  tiap bening malam dalam penyerahan diri solat taubatan nasuha diiringi istighfar...sebagaimana hambaNya Yunus alaihisalam. Sesungguhnya sahabat..apa yg berlaku..bukanlah benci dan murkaNya..bahkan peringatan kasihNya kepada kita yang sering terlupa pada janji bahkan membiarkan diri dizalimi dalam pelbagai keadaan ..rupa..masa dan bentuk..sehingga begitu payah utk cinta dan rindumu sampai kepadaNya.         Wahai sahabat..maafkanlah selagi sudi masih ada..maafkanlah selagi  kemaafan yang dipinjamkan masih ada kesempatan..maafkanlah dirimu..maafkanlah hatimu..maafkanlah kehidupanmu...maafkanlah para sahabatmu..maafkanlah tiap mereka yg pernah hadir dalam hidupmu...bahkan kepada mereka yang pernah menjadi asbab kepada kemenjadian sesuatu dirimu pada hari ini. Sesungguhnya sahabat..kemaafan itu adalah dendam yang terindah.          
Wahai sahabat.....hallalkanlah apa yang telah kau berikan tanpa relamu..biarpun harapan dan hidupmu hancur dek kehilangannya.  Wahai sahabat... sedekahkanlah..apa yang telah hilang dari perbendaharaanmu..biarpun hilangnya, kau sandarkan antara ikhlas dan benci..atau harapan dan kebanggaan..
         Wahai sahabat...Ikhlaskan apa yang telah pergi dibelakangmu...dan redhokanlah dgn apa yang bakal kau tempuhi di hadapanmu dengan keyakinan bahawa sesungguhnya apa jua yang hadir itu punya hikmah dan kebaikan yang terbaik dari sisiNya untuk pilihan terbaik bagimu. Percayalah sahabat, walaupun kau tidak mampu miliki apa kau berhak miliki..namun sekurang-kurangnya Dia telah memberikan apa yang terbaik untuk kau miliki. Hiduplah dengan tenang dan keyakinan bahawa Dia  sentiasa bersamamu dalam tiap waktu bahkan lebih hampir dari urat lehermu.     
Wahai Sahabat...dari  hati yang paling dalam, kupohon padamu..andai tiap bait yang dicernakan dari hati ini mendatangkan singgung yang melukakan..maafkanlah jika itu yang paling layak bagiku..andai tiada kesempatan maaf darimu pada saat ini...aku tidak akan pernah berhenti bermohon padaNya agar terbuka keikhlasan kemaafanmu buatku. Bait-bait ini ..adalah hatiku yang terlalu rindukan kebahagiaanmu..buat sahabat yang tidak pernah terlepas dari sentuhan hatiku.

Wednesday, 18 April 2012

dirgahayu utk sesuatu yg bernama keikhlasan

Menghargai sesuatu yg bernama keikhlasan..walau apa pun makna hubungan dan rasa..adalah suatu kemanisan yg terindah. Sesungguhnya..hanya keikhlasan yg sejati dapat mentafsir dan memberi erti sebuah persahabatan .
Terima kasih sahabat..terima kasih kawan..terima kasih teman..apa pun nama yg kuberi utkmu..hormatku tidak pernah hilang ..dan penghargaanku tidak pernah pudar . semoga nanti ..kalian akan beroleh ketenangan dan makna kehidupan dan kewujudan yg hakiki...

Tuesday, 31 January 2012

lapakku sayang..lapakku malang

lama sudah tidak kujejaki lapak ini. memang amat nostalgik. maafkan aku kiranya hilangnya sentuhan emosiku disini..membuatkan aku terlupa tentang betapa erti budi dan penghargaan adalah saling berkait. Adakalanya..dalam meneruskan perjalanan waktu yg semakin singkat dan hampir ke penghujung..aku semakin lelah dan tak terdaya. semakin byk energy ini terkuras pada sesuatu yg tidak akan aku mampu mengelaknya. sesekali ku hela nafas ini..persis ada sesuatu yg tersekat. barangkali..itulah tandanya..aku harus byk menoleh kembali sejarah silam yg menjadikan aku sesuatu pada hari ini..semoga nanti..aku tidak lagi terlupa dgn lapak ini..semoga aku tidak lagi tega utk melupakan segalanya walaupun itu yg terbaik... semoga

Wednesday, 15 June 2011

Kemaafan Adalah Dendam Yang Terindah

 
 Mungkinkah kita mengerti betapa setiap detik yang kita lalui tidak akan pernah berulang kembali walau sesaat cuma. Akankah kita memahami betapa setiap wajah dan rupa yang sering menyelami dan menyulami kehidupan kita ini suatu saat nanti tidak akan pernah kembali jesteru menemui Sang Yang Wujud. pernahkah kita bermimpi walau sesaat cuma betapa kita bersama kembali dan menyatu dalam kehidupan yang telah terlepas. Masihkah punya harapan yang menghangatkan tentang akan ada waktunya..betapa kita suatu saat nanti ..akan memiliki kebahagiaan yang telah terlepas.  Masihkah ada janji yang ditinggalkan yang mungkin menjadi sandaran lunak harapan tentang aku..dia..mereka..atau..kita..mereka dan mereka..serta semua yang ada mamahat azam dan keinginan..membentuk kehidupan yang lebih mengharum dipersada kewujudan ini..lalu menyulam ikhlas dari hati ke hati sebagai keinsafan yang terbalas. Siapa aku dimata aku..siapakah aku dimata kamu..dan siapa aku di hati kamu..atau..siapa mereka dihati mereka..serta..siapakah mereka dalam hati kita. Pastinya..tidak akan pernah kita terjawab pada saat ini. Bahkan..hanya akan bermakna hanya apabila kehidupannya telah telah lenyap kembali ke kuwujudanNya. Suatu tika dalam kehidupan...hati ini akan pasti semakin halus dan nipis dengan nilai kewujudan tiap sesuatu. Suatu tika dalam dalam kehidupan ini..rasa ini akan semakin tajam untuk menyentuh emosi pabila tiap yg telah hilang dan pergi muncul kembali dalam bentuk kenangan yang amat terasa sentuhannya. Segalanya akan terasa begitu bernilai..mewangi dan harum..manis dan mengindahkan..walaupun suatu ketika ..apa yang manis dan harum itu.. bahkan yang indah dan membahagiakan.. adalah hempedu dan duri yg pernah membunuh diri ini. Semuanya hanya akan terjadi selepas kita mengerti betapa nilai sesuatu yang ada berlaku selepas kita kehilangannya. Semuanya hanya akan dirasai apabila kita mulai memaafkan kehidupan yang ada selepas kita bertahun untuk mempelajari makna memaafkan. Tentunya.. hanya akan berlaku apabila kita mulai memaknai kewujudan ini. Yang hidup tetap akan pergi.. yang hakiki tetap wujud. Walaupun memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza..kenapa tidak memilih untuk memaafkan kehidupan dan tidak melupakan kewujudan ?

Wednesday, 1 June 2011

Rindu Yang Terbuang


 

Kita pernah bertemu di Taman ini
bicara seindah pelangi dan kembang mewangi
menghembus bicara selembut bayu
mengirim rasa sehangat rindu
menyimpul hati membelai kasih

Kita sempat bertemu di batasan ini
mengukir harapan seindah impian
memanjat salam pada semilir
biarpun pengap angin bersilih lalu

Di taman dan di batasan ini
aku tidak pernah pudar rindu
aku tidak pernah hilang harapan
biarpun pucat segala kenangan


hanya satu kupohon
izinkan aku dalam ihsanmu
meskipun murkamu tanda kasihmu
atau biarkan kufana' dalam dakapanmu
bagaikan rindu yang terbuang