Mungkinkah kita mengerti betapa setiap detik yang kita lalui tidak akan pernah berulang kembali walau sesaat cuma. Akankah kita memahami betapa setiap wajah dan rupa yang sering menyelami dan menyulami kehidupan kita ini suatu saat nanti tidak akan pernah kembali jesteru menemui Sang Yang Wujud. pernahkah kita bermimpi walau sesaat cuma betapa kita bersama kembali dan menyatu dalam kehidupan yang telah terlepas. Masihkah punya harapan yang menghangatkan tentang akan ada waktunya..betapa kita suatu saat nanti ..akan memiliki kebahagiaan yang telah terlepas. Masihkah ada janji yang ditinggalkan yang mungkin menjadi sandaran lunak harapan tentang aku..dia..mereka..atau..kita..mereka dan mereka..serta semua yang ada mamahat azam dan keinginan..membentuk kehidupan yang lebih mengharum dipersada kewujudan ini..lalu menyulam ikhlas dari hati ke hati sebagai keinsafan yang terbalas. Siapa aku dimata aku..siapakah aku dimata kamu..dan siapa aku di hati kamu..atau..siapa mereka dihati mereka..serta..siapakah mereka dalam hati kita. Pastinya..tidak akan pernah kita terjawab pada saat ini. Bahkan..hanya akan bermakna hanya apabila kehidupannya telah telah lenyap kembali ke kuwujudanNya. Suatu tika dalam kehidupan...hati ini akan pasti semakin halus dan nipis dengan nilai kewujudan tiap sesuatu. Suatu tika dalam dalam kehidupan ini..rasa ini akan semakin tajam untuk menyentuh emosi pabila tiap yg telah hilang dan pergi muncul kembali dalam bentuk kenangan yang amat terasa sentuhannya. Segalanya akan terasa begitu bernilai..mewangi dan harum..manis dan mengindahkan..walaupun suatu ketika ..apa yang manis dan harum itu.. bahkan yang indah dan membahagiakan.. adalah hempedu dan duri yg pernah membunuh diri ini. Semuanya hanya akan terjadi selepas kita mengerti betapa nilai sesuatu yang ada berlaku selepas kita kehilangannya. Semuanya hanya akan dirasai apabila kita mulai memaafkan kehidupan yang ada selepas kita bertahun untuk mempelajari makna memaafkan. Tentunya.. hanya akan berlaku apabila kita mulai memaknai kewujudan ini. Yang hidup tetap akan pergi.. yang hakiki tetap wujud. Walaupun memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza..kenapa tidak memilih untuk memaafkan kehidupan dan tidak melupakan kewujudan ?
Melalui lorong-lorong misteri dan rahsia yang tersembunyi disebalik bingkai warna kehidupan, menjadikan perjalanan ini semakin hampir kepada titik nadir..hilang dalam kekosongan erti kewujudan
Wednesday, 15 June 2011
Wednesday, 1 June 2011
Rindu Yang Terbuang
Kita pernah bertemu di Taman ini
bicara seindah pelangi dan kembang mewangi
menghembus bicara selembut bayu
mengirim rasa sehangat rindu
menyimpul hati membelai kasih
Kita sempat bertemu di batasan ini
mengukir harapan seindah impian
memanjat salam pada semilir
biarpun pengap angin bersilih lalu
Di taman dan di batasan ini
aku tidak pernah pudar rindu
aku tidak pernah hilang harapan
biarpun pucat segala kenangan
hanya satu kupohon
izinkan aku dalam ihsanmu
meskipun murkamu tanda kasihmu
atau biarkan kufana' dalam dakapanmu
bagaikan rindu yang terbuang
bagaikan rindu yang terbuang
Tingkap Kayu..Tingkap Kaca
Berdirilah sendiri..
biarpun menggapai bintang
senyumlah diri....
biarpun pesona manisnya senyuman
menangislah sendiri..
biarpun untuk yang lain
jujurlah hati..
biarpun lidah menyintai hati lain
lihatlah halaman
biarpun harum kembang di taman
lihatlah realiti
biarpun mimpi tidak seindah impian
Bercerminlah diri
biarpun ingin mempesonakan
terimalah hakikat
biarpun makrifat diharap
terimalah takdir
biarpun mukjizat dinanti
tingkap kayu ..tingkap kaca
tetap berbeza dalam persamaan
ibarat empunya diri dan bayang
Mantera kehidupan
Mantera kehidupan, terselit seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat. tanpa rasa dan makrifat, kita akan tersesat jauh dari niat. Disulam pantang , disimpul petua , tujuan harus seiring niat ..kelak menjadi ampuh segala hajat. Pun begitu ..masih jua ada yg terkapai dan tersesat ..tersungkur dimakan sumpah dan janji. Lalu menjadi abdi kepada diri sendiri tanpa ditemukan jalannya pulang. Sedangkan hakikat semakin jauh dari makrifat..menjadi berhala kepada diri sendiri..bertuhankan diri..menentukan takdir sendiri. Mantera yang penuh rahsia, hanya sebait kata yang penuh makna..diseru dan dipuja dengan pundak keyakinan dan harapan. Mantera yang penuh rahsia..penuh berliku dan tersirat..hanya yang berani dan yakin, hanya yang kental dan faham tujuan..hanya yang bersuci niat dari subahat..mampu melepasi ujianNya.
Perempuan Seorang Ibu
Perempuan adalah satu-satunya keajaiban yang paling hebat ciptaanNya. Perempuan adalah fenomena yang begitu indah yang tercipta untuk melengkapkan kehidupan dan kewujudan ini. Terciptanya dengan kesempurnaan dan kesenian yang sangat halus. Dia yang Maha Bijaksana, menciptakan perempuan untuk sentiasa mampu beradaptasi dengan sebarang tekanan dan keadaan. Perempuan.adalah seorang penurut yang taat jika itu yang dikehendaki. Perempuan adalah seorang pengasih jika itu yang dipinta. Perempuan adalah juga seorang yang paling kejam jika itu yang diajarinya. Betapa hebatnya seorang perempuan yang mencetuskan kehidupan dan keberadaan kewujudan ini ..segalanya bermula hanya dari sifat HAWAnya yang sentiasa berkehendak menurut seadanya. Segalanya juga hanya bermula dari fitrah seorang perempuan .. KASIH SEORANG IBU
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
mencetus kehendak..
memintal impian..
menganyam kasih ..
menggunungkan harapan..
dan mematri janji untuk sebuah kehidupan dan kewujudan
yang bakal dilahirkan.
Justeru kehidupan dan kewujudan itu bermula dari fitrah
KASIH SEORANG IBU
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU,
menggadai nyawa demi kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengasuh dan mendidik dengan jari kasihnya
demi kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Menitiskan kasih selaut rindu demi kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengandai nasib dihujung tanduk
kerana kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan FITRAH KASIH SEORANG IBU
Menitis darah dan air mata kerana kehidupuan dan kewujudan itu
Perempuan dengan FITRAH KASIH SEORANG IBU
Menitis darah dan air mata kerana kehidupuan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengharap belas dan ihsan kerana kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengharap pengertian dan kewujudannya kerana kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Masih setia mencetus kehendak..
memintal impian..
menganyam kasih ..
menggunungkan harapan..
dan mematri janji
untuk sebuah kehidupan dan kewujudan yang dilahirkan.
Justeru bagi seorang perempuan Fitrah kebeningan kasih seorang ibu adalah terlalu suci untuk dinistakan
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Hormatku tidak pernah hilang untukmu
Sanjungku tidak pernah lenyap untukmu
Kagumku tidak pernah pudar untukmu
Dan..
kasihku tidak pernah sirna untukmu
Terima Kasih ..Terima Kasih...Terima Kasih
Terima Kasih Perempuan
Yang Hidup .. Dan Yang Mati
Sesungguhnya hidup dan mati ada nilainya. Namun ramai yang memilih mati untuk mendapatkan yang mati. Sedangkan tidak ramai yang wewenang hidup untuk mendapatkan yang hidup. Indah akhlak dan budi adalah kehidupan yang terpancar dari kejernihan hati melalui nurNya.Rupa indah dan perkasa jasad..nikmat harta dan darjat adalah kematian yang terlahir dari permukaan kehidupan. Kehidupan dan kematian adalah sumpahan abadi kewujudan ini.
Pergorbanan..Perjuangan dan keikhlasan
Sebesar-besar pengorbanan adalah bersyukur dengan nikmatNya...dan sebesar-besar perjuangan adalah bersabar dengan ujianNya dan sebesar-besar ikhlas adalah redha dengan Af``alNya
Pesanan buat teman
Seorang teman bertanya kepadaku..apakah nasihat terbaik untuknya..
Antara harumnya Bunga dan Bisanya Duri
Ermmm ..seorang teman pernah berkata ~ble ati ku mule berbicare pasti yg kuar ayat berbunge2..TAPI ble mulut ku ingin bersuare pasti kau trase pedihnye..!!!..
erm..ada benarnya kata teman tu.Hati dan lidah memang tidak pernah seiring.Sebab bila hati berbicara adalah harumnya bunga.Namun bila lidah berbicara adalah durinya bunga...
Harapan
Mungkinkah Tuhan mengerti betapa terlalu banyak hati yang perlu diisi..jika benar..mengapa masih wujud keluhan dan rintihan dari kita hingga berputus asa dengan pilihan dan takdirnya. bukankah Tuhan tidak pernah tidur ? atau mungkinkah kita meminta pada tempat yang salah..
Antara lidah dan hati
Memang adakalanya hati kita tidak sekuat lidah untuk berkata-kata. Namun wajah juga tidak setulus hati untuk menidakkan...kunyah dan telan semua rasa yang ada..kelak akan sebati dan mematangkan kehidupan yang ada..
hitam putih kehidupan
Hidup ini memang indah. Namun jangan terpedaya dengan indahnya pelangi kerana sesungguhnya hitam dan putih adalah hakikat kewujudan . Pun begitu, tiada kelabu antara kedua-duanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























