Wednesday, 1 June 2011

Perempuan Seorang Ibu





 Perempuan adalah satu-satunya keajaiban yang paling hebat ciptaanNya. Perempuan adalah fenomena yang begitu indah yang tercipta untuk melengkapkan kehidupan dan kewujudan ini. Terciptanya dengan  kesempurnaan dan kesenian yang sangat halus. Dia yang Maha Bijaksana, menciptakan perempuan untuk sentiasa mampu beradaptasi dengan sebarang tekanan dan keadaan. Perempuan.adalah seorang penurut yang taat jika itu yang dikehendaki. Perempuan adalah seorang pengasih jika itu yang dipinta. Perempuan adalah juga seorang yang paling kejam jika itu yang diajarinya. Betapa hebatnya seorang perempuan yang mencetuskan kehidupan dan keberadaan kewujudan ini ..segalanya bermula hanya dari sifat HAWAnya yang sentiasa berkehendak menurut seadanya. Segalanya juga hanya bermula dari fitrah seorang perempuan .. KASIH SEORANG IBU

Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
mencetus kehendak..
memintal impian..
menganyam kasih ..
menggunungkan harapan..
dan mematri janji untuk sebuah kehidupan dan kewujudan
yang bakal dilahirkan.
Justeru kehidupan dan kewujudan itu bermula dari fitrah 
KASIH SEORANG IBU



Perempuan dengan fitrah   KASIH SEORANG IBU,
menggadai nyawa demi kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengasuh dan mendidik dengan jari kasihnya
demi kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Menitiskan kasih selaut rindu demi kehidupan dan kewujudan itu

Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengandai nasib dihujung tanduk 
kerana kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan FITRAH KASIH SEORANG IBU
Menitis darah dan air mata kerana kehidupuan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengharap belas dan ihsan kerana kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengharap pengertian dan kewujudannya kerana kehidupan dan kewujudan itu


Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Masih setia mencetus kehendak..
memintal impian..
menganyam kasih ..
menggunungkan harapan..
dan mematri janji 
untuk sebuah kehidupan dan kewujudan yang dilahirkan. 
Justeru bagi seorang perempuan Fitrah kebeningan kasih seorang ibu adalah terlalu suci untuk dinistakan



Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Hormatku tidak pernah hilang untukmu
Sanjungku tidak pernah lenyap untukmu
Kagumku tidak pernah pudar untukmu
Dan..
kasihku tidak pernah sirna untukmu



Terima Kasih ..Terima Kasih...Terima Kasih
Terima Kasih Perempuan 


No comments:

Post a Comment