
Mencari sesuatu yang hilang adakalanya persis menyelak setiap helaian rumput dataran yang setiap satunya hampir sama warna dan rupa. sedangkan pencarian itu hanya sebaris kata yang terlepas dek ketekalan diri yang semakin lemah dan tidak dirasai. Demikianlah.. kita sering terlupa betapa sifat pinjaman ini ada batas waktu. Betapa sifat pinjaman ini semakin dipanggil pergi.. kembali kepadaNya. Hingga pada akhirnya tanpa kita sedari sewaktu saat kita telah hampir kembali ke asal datangnya kita..mengimbau dan menyelami diri sehebat masa silam..sedangkan jasad terlalu rapuh utk terus menongkat kehidupan. Akan tiba saatnya nanti apabila kehidupan dan kewujudan bersilang realiti dan saling memungkiri janji. Benarlah..bahawa kehidupan ini begitu indah sehingga kita terlupa tentang kewujudan sebenar hanyalah bagai pelangi. Pun begitu..itulah takdirNya..walau kewujudan sesingkat pelangi tetap juga kita hanyut dalam keabadian nafsu diri yang tiada batasan tanpa pernah kita bertanya bagaimanakah akhirnya kehidupan yang direbut semahunya apabila pelangi sirna dek panas mentari