Thursday, 11 October 2012

Jangan Pernah Kau Terlupa Kawan

   



   Sekadar berkongsi rasa pahit yang menghitam...pilu yang menyayat...pedih yang membisa..sayu yang menikam...berat yang menghempap..sesak yang tersekat..daripada seorang sahabat yang tidak pernah lepas dari sentuhan hati ini seusai hari semalam. Sempatku dengar tangisan yang tersekat. Mengawal emosi, menata rasa  dalam halwa emosi yang  berbaur . Sejauh bintang ..sang sahabat menyusun bait-bait harapan seiring upaya menahan dan mengenggam dignity yang ada. Maka terlerailah sebuah hati yang telah lama sirna ketenangannya. Aku yang sentiasa membuka tangan dan berlapang dada..menjadi pendengar yang setia..menyelami bisikan tangis dan curahan rasa yang lama terpendam menceritakan betapa sentuhan `king midas'nya telah menjadi seakan sumpahan yang songsang. Tiap harapan dan apa yang dimiliki menjadi hilang, lalu pergi sekelip mata dalam saat dia yang tidak mampu menghela nafas seterusnya.Cintanya yang ada dikhianati oleh mereka yang pernah menangis menagih hatinya. Kesetiaan dan kepercayaannya..dicurangi oleh mereka yang sentiasa  basah melafazkan madah janji . Pada saat tekanan yang datang seakan tidak tertahan..segala yang diusahakan tidak menjadi. Reputasi yang mengharum dipersada khalayak tidak mampu dipertahankan apabila prestasi hasil tidak seiring reputasinya.Pertolongan yang diminta tidak pernah mendapat. Segalanya berlaku satu demi satu seakan boomerang nasib malang hidupnya berputar 360 degree dalam satu masa.. maka  terlantarlah sang sahabat  pada satu dimensi yang terlalu sukar baginya untuk mengerti antara jasa dan budi. Antara ujian dan karma. Antara kasih dan murkaNya             
Apalah yang mampu dilakukan oleh diri kerdil ini, yang hanya mampu melihat dan mendengar tiap takdir yang berlaku terhadap sahabat. Ketahuilah teman bahawa sesungguhnya apa yang berlaku  dalam tiap saat yang ada, dari nafas ke nafas telah dipateri dalam sunnahNya. Maka berlakulah tiap apa yang telah ditetapkan menurut asal ketentuanNya.Fahamilah jua wahai sahabat..betapa kasihNya amat luas..rahmatNya mendahului murkaNya. Maka dengan itu wahai sahabat..jangan pernah terlintas dihatimu betapa Dia membencimu..jangan pernah terfikir bahawa Dia itu menzalimimu Ihsannya lebih meluas dari segalanya. Wahai sahabat yang tidak pernah terlepas daripada pandangan hati ini..fahamilah..betapa apa yang dilalui itu adalah ujian kasih sayangNya. Dia dangan rinduNya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..demi ZatNya yang Maha Agung..sesungguhnya amat merindui cinta dan rindumu padaNya.Wahai sahabat..rendahkanlah hatimu..wahai teman..rendahkanlah jiwamu..rendahkan citamu. Kembalikanlah hatimu kepadaNya..wahai sahabat..kembalikanlah jiwamu kepadaNya..wahai sahabat..kembalikanlah segala yang dipinjamkan kepadaNya..wahai sahabat..kembalikanlah segala yang pahit dan manis..berat dan ringan jauh atau dekat dan apa jua rasa yang kau ada kepadaNya. Kembalikanlah..kembalikanlah...kembalikan. Mohonlah padaNya yang Maha Pemberi Pertolongan agar dikembalikan Cinta dan Rindumu untukNya..yang selama ini mungkin telah sirna dari rasa dirimu. Sesungguhnya..cinta dan rindumu itu hanyalah untukNya..bukan kepada sesuatu yang dipinjamkan kepadamu..kerana tiap sesuatu itu pastinya akan kembali kepada pemilik kewujudan. Wahai sahabat..seandainya dapat kau rasa betapa tiap zahir dan batinmu hanya merindu dan menyebut asma`Nya. Seandainya setiap detik ke detik hanya dapat kau  lihat  Af`alNya..ketahuilah bahawa sesungguhnya cintamu dan rindumu berbalas. seandainya tidak lagi kau mendapatkannya..bermunajatlah tika  tiap bening malam dalam penyerahan diri solat taubatan nasuha diiringi istighfar...sebagaimana hambaNya Yunus alaihisalam. Sesungguhnya sahabat..apa yg berlaku..bukanlah benci dan murkaNya..bahkan peringatan kasihNya kepada kita yang sering terlupa pada janji bahkan membiarkan diri dizalimi dalam pelbagai keadaan ..rupa..masa dan bentuk..sehingga begitu payah utk cinta dan rindumu sampai kepadaNya.         Wahai sahabat..maafkanlah selagi sudi masih ada..maafkanlah selagi  kemaafan yang dipinjamkan masih ada kesempatan..maafkanlah dirimu..maafkanlah hatimu..maafkanlah kehidupanmu...maafkanlah para sahabatmu..maafkanlah tiap mereka yg pernah hadir dalam hidupmu...bahkan kepada mereka yang pernah menjadi asbab kepada kemenjadian sesuatu dirimu pada hari ini. Sesungguhnya sahabat..kemaafan itu adalah dendam yang terindah.          
Wahai sahabat.....hallalkanlah apa yang telah kau berikan tanpa relamu..biarpun harapan dan hidupmu hancur dek kehilangannya.  Wahai sahabat... sedekahkanlah..apa yang telah hilang dari perbendaharaanmu..biarpun hilangnya, kau sandarkan antara ikhlas dan benci..atau harapan dan kebanggaan..
         Wahai sahabat...Ikhlaskan apa yang telah pergi dibelakangmu...dan redhokanlah dgn apa yang bakal kau tempuhi di hadapanmu dengan keyakinan bahawa sesungguhnya apa jua yang hadir itu punya hikmah dan kebaikan yang terbaik dari sisiNya untuk pilihan terbaik bagimu. Percayalah sahabat, walaupun kau tidak mampu miliki apa kau berhak miliki..namun sekurang-kurangnya Dia telah memberikan apa yang terbaik untuk kau miliki. Hiduplah dengan tenang dan keyakinan bahawa Dia  sentiasa bersamamu dalam tiap waktu bahkan lebih hampir dari urat lehermu.     
Wahai Sahabat...dari  hati yang paling dalam, kupohon padamu..andai tiap bait yang dicernakan dari hati ini mendatangkan singgung yang melukakan..maafkanlah jika itu yang paling layak bagiku..andai tiada kesempatan maaf darimu pada saat ini...aku tidak akan pernah berhenti bermohon padaNya agar terbuka keikhlasan kemaafanmu buatku. Bait-bait ini ..adalah hatiku yang terlalu rindukan kebahagiaanmu..buat sahabat yang tidak pernah terlepas dari sentuhan hatiku.

5 comments:

  1. waduhhh pak ... bnyak yang tersirat dari yang tersurat

    ReplyDelete
  2. yaaa buk :) moga aja kalau bisa kita mendapatkan mardathillahNya . terima kasih ya ..sudi mampir ..tp kenapa sih saya gak bisa mampir ke lapaknya ibu ya ..apa perlu ijin lagi ya :)

    ReplyDelete
  3. aah la pak .. rupanya lupa bukak pintunya ... nanti bila sudah jumpa kunci akan dibuka pintunya untuk tatapan bapak dan tatapan umum...

    ReplyDelete
  4. Dalam maknanya ...semoga apa yg tersirat dpt tersurat d mata pembaca yg benar memahami akan sebuah kehidupan dan kewujudan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kebersamaan sinopsis hidup yang dikongsi dapat melihat pemain sebenar kehidupan dan kewujudan

      ini

      Delete